Objektif Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Sekolah adalah dijadikan sebagai 'avenue' untuk membentuk warga sekolah yang cintakan kebersihan seperti yang dituntut oleh agama Islam. Dan ia juga bagi membentuk warga sekolah yang menghargai dan memelihara kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab serta membudayakan sikap kerjasama dalam memastikan kebersihan dan keceriaan.
Ianya juga menyediakan infrastruktur pendidikan sihat, kondusif dan menarik yang juga berkait rapat dengan hasrat Wawasan Negara untuk melahirkan rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya serta menikmati kehidupan berkualiti.
Pada tahun ini, sebanyak 116 buah sekolah rendah dan 35 buah sekolah menengah termasuk maktab-maktab dan pusat-pusat tingkatan enam telah dinilai untuk memenangi anugerah ini.
Antara komponen penilaian adalah bangunan dan persekitarannya;
1. bilik kerja guru dan bilik darjah;
2. kantin sekolah; stor; alam sekitar;
3. pondok sampah; bilik-bilik air dan
4. lanskap,
Penghakiman telah dijalankan selama lima bulan mulai bulan Mei hingga September tahun ini. Penilaian kebersihan ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali bagi setiap sekolah.
Empat buah sekolah rendah yang telah berjaya mencapai keseluruhan markah 85 % hingga 100 % dianugerahkan Anugerah Emas.
Sekolah-sekolah tersebut adalah:
Sekolah Rendah Kiudang = 92 %;
Sekolah Rendah Rataie, Temburong = 90 %;
Sekolah Rendah Bakiau = 89 %
Sekolah Rendah Pusar Ulak = 85.4 %.
Bagi sekolah menengah yang hanya berjaya mencapai Anugerah Perak, iaitu markah keseluruhan 75 % hingga 85 %, adalah:
Pusat Tingkatan Enam Sengkurong = 81 %;
Sekolah Menengah Sultan Hasan Bangar, Temburong = 76 %;
Sekolah Menengah Sufri Bolkiah = 75.1 %
Sekolah Menengah Rimba II = 75 %
Atas kerjasama daripada semua warga sekolah, SMSB mampu mendapat Anugerah Perak. Syabas dan tahniah semua.