- Dipetik dari Pelita Brunei 20 April 2016
TUTONG, Selasa, 19 April. - Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS) meneruskan lagi Program Forum 'Sinar' bagi sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab dan sekolah-sekolah swasta seluruh negara tahun 2016 ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong.
Program yang bertemakan 'Luruskah... Salahkah ni?' itu disasarkan bagi penuntut Tahun 7 dan 8.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 'A' terdiri dari Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JSS; Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM); Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Biro Kawalan Narkotik, JPM; Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
PENYAMPAIAN hadiah penghargaan daripada Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Sufri Bolkiah kepada Pegawai Penerangan, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar.
Manakala Kumpulan 'B' terdiri dari Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JSS; Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, JPM; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja; Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Adat Istiadat Negara, JPM; dan Pasukan Polis Diraja Brunei, JPM.
Pegawai Pelajaran, Unit Kaunseling dan Kerjaya, JSS, Dayang Hajah Pasah binti Haji Ahmad semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei menjelaskan tujuan forum tersebut diadakan bagi membantu pembentukan personaliti penuntut yang berperibadi mulia, beradab sopan, bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan.
Forum yang disertai oleh seramai 121 penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Sufri Bolkiah itu diisikan dengan beberapa taklimat yang disampaikan oleh agensi-agensi berkenaan.
Taklimat 'Jauhi Pergaulan Bebas' dari Dayang Khairiyah binti Haji Md. Yussof dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan antara lain menyentuh mengenai kesan daripada pergaulan bebas.
Jelasnya, pergaulan bebas boleh mengundang beberapa penyakit seperti HIV, AIDS dan beberapa penyakit kelamin dan ia adalah dilarang di sisi agama Islam.
Sementara itu, Taklimat Kenegaraan mengenai 'Menghayati Bendera Negara' disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar, selaku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Jabatan Penerangan.
Dalam taklimat Awang Hasanul Hidayat antara lain menjelaskan mengenai tatacara menaikkibarkan bendera negara.
Menurutnya, rakyat dan penduduk negara ini dikehendaki untuk menaikkibarkan bendera negara pada waktu yang telah ditetapkan, yang lazimnya diumumkan melalui media massa kerajaan seperti Pelita Brunei serta Radio dan Televisyen Brunei.
Bendera yang dinaikkan atau dikibarkan, tegasnya, mestilah dalam keadaan baik dan sempurna, iaitu tidak koyak, tidak luntur atau pudar warnanya dan dipasang di tempat yang sesuai mengikut keadaan tempat.