Dipetik dari Media Permata 7hb April 2016
Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 6 April – Lebih 40 orang terdiri daripada guru dan penuntut Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong dan Tanjong Katong Girls’ School, Singapura, membuat lawatan sambil belajar ke sekitar Daerah Tutong.
Rombongan diketuai oleh Awang Muhd Hafizuddin bin Abdullah Tong selaku ketua rombongan bagi pihak Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Mohd Zain Mohamed daripada rombongan Singapura.
Tujuan lawatan adalah untuk memperkenalkan kepada para penuntut kedua-dua sekolah mengenai aktiviti perekonomian dan mengenalkan produk-produk yang dihasilkan oleh penduduk daerah ini di bawah program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di Galeri 1K1P Jabatan Daerah Tutong yang merupakan ‘gateway’ dan kunci ke arah kemajuan dan kecemerlangan Daerah Tutong.
Ketibaan rombongan di Jabatan Daerah Tutong telah dialu-alukan bersama oleh Pegawai Tugas-tugas Khas selaku Ketua Bahagian Korporat Jabatan Daerah Tutong, Dayang Siti Joriahati binti Johari bersama kakitangan Bahagian Korporat Jabatan Daerah Tutong dan ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

Lebih 40 orang yang terdiri daripada guru dan penuntut Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong dan Tanjong Katong Girls’ School, Singapura, petang kelmarin, telah membuat lawatan sambil belajar ke Dae-rah Tutong. Antara tempat yang dilawati ialah Galeri 1K1P Jabatan Daerah Tutong yang merupakan ‘gateway’ dan kunci ke arah kemajuan dan kecemerlangan Daerah Tutong. – Gambar Normazlina M.D
Rombongan pelawat kemudian dibawa ke Pusat Aktiviti Kemasyarakatan MPMK, Galeri 2, Jabatan Daerah Tutong bagi mendengar taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong yang berkonsepkan Membangun Bersama Masyarakat.
Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Galeri 1K1P untuk menyaksikan dan mengetahui lebih dekat pameran dan jualan produk-produk kampung yang dihasilkan oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Daerah Tutong.
Para guru dan penuntut juga berkesempatan melawat ke Taman Rekreasi Sungai Basong untuk menyaksikan pameran rumah-rumah tradisi lima etnik iaitu Puak Tutong, Puak Kedayan, Puak Dusun, Masyarakat Iban dan Masyarakat Tiong Hua serta mempelajari cara hidup puak-puak dan masyarakat yang tinggal di daerah ini.
Sebelum mengakhiri lawatan, rombongan berkesempatan melawat Mercu Tanda Sungai Tutong di Tatangan Persiaran Sungai Tutong.