Dipetik dari Pelita Brunei (07hb Januari 2016)
Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin / Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
PEKAN TUTONG, Rabu, 6 Januari. - Penggal pertama persekolahan bagi tahun 2016 telah pun bermula pada 4 Januari lepas, namun bagi pelajar yang baru sahaja masuk ke peringkat sekolah menengah, sesi pembelajaran bermula hari ini.
Sekolah Menengah Sufri Bolkiah (SMSB) hari ini menerima seramai 120 pelajar baharu, iaitu daripada aliran sekolah rendah untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Para pelajar dilihat sungguh teruja dengan cabaran baharu yang mereka hadapi ini dan berazam untuk lebih rajin dan belajar bersungguh-sungguh.
Sehubungan itu, Pelita Brunei sempat menemu bual beberapa orang pelajar baharu sekolah tersebut iaitu Dayang Amal Nuramsaliah binti Haji Mohdarq, 13 tahun, berkata, "Azam saya tahun ini adalah untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pengetahuan di dalam setiap bidang atau subjek sekolah yang dipelajari."
Manakala menurut Dayang Nurul Huda binti Hassan Effandi, 12, bekas pelajar Sekolah Rendah Bukit Panggal Tutong, berkata, dia bukan sahaja ingin berjaya dalam mata pelajaran sekolah malah dia juga berazam untuk lebih aktif dalam aktiviti kesukanan dan aktiviti kerohanian seperti menyertai kumpulan dikir yang diadakan oleh sekolah berkenaan.
Sementara itu, yuran sekolah bagi pelajar Tahun 7 yang wajib dibayar adalah sebanyak BND12 bagi setiap pelajar dan yuran tersebut akan diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti sukan dan sebagainya, menurut Awang Muhammad Hafizuddin bin Abdullah Tong.