Oleh Siti Azlinah / Ivy Leong
TUTONG – Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong, sekali lagi telah mengungkayahkan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru-guru Tahun 8. Majlis tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengongsikan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar tahun 8 tetapi turut mengadakan ‘Kongsisama Persiapan Peperiksaan SPE’.
Majlis diadakan hasil kerjasama pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG merupakan satu badan yang memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik para pelajar. Selaras dengan peranan PIBG, majlis tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan imej sekolah serta pembelajaran para pelajar.
Selain melibatkan para ibu bapa agar turut komited dalam perjalanan pentadbiran sekolah, ibu bapa juga seharusnya melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk mengambil tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan prestasi pendidikan anak-anak mereka.
Dipetik dari Media Permata 8 September 2016 dan gambar tambahan dari Cg Ishak